Setakat ini, ada dua jenis sahaja diapers yang saya buat; All-in-one fitted diapers dan Basic diapers. Kedua-dua jenis ini menggunakan kemasan velcro. Corak kain pula, masa ini saya lebih tumpukan kepada plain solid colour kerana lebih sesuai untuk kita suai padankan dengan baju anak.
All-in-one Fitted Diapers
Hanya pakaikan pada bayi dan tukar selepas 3 - 4 jam (anggaran je..). Diapers jenis ini perlu dikeringkan dibawah cahaya matahari untuk memastikan lapisan didalamnya kering sepenuhnya. Lapisan dalam menggunakan kain microfibre yang amat menyerap dan dilapiskan dengan terry cloth. Alas dalam pula menggunakan kain flannel yang lembut dan selesa. Kain jenis ini 'stain-proof' jadi tak perlu risaulah kalau anak anda ter'poo-poo' dalam diapers ini. This is my favourite choice of diapers. I recommend it!
Basic Diapers
Perlu menggunakan insert atau kain lampin biasa (seperti gambar) sebelum dipakaikan kepada bayi anda. Kelebihannya ialah mudah dikeringkan apabila dibasuh. Kalau musim hujan sesuai sangatlah sebab kebanyakan kita menjemur kain di dalam rumah. Betul tak? Personally, I kept a few of this diapers just in case yang All-in-one tu tak kering sepenuhnya masa musim hujan.



0 comments:
Post a Comment